Monday, August 24, 2015

LC Bandar Baru Selayang Market Day


Assalamualaikum wbt. Ibu bapa yg dihormati, insyaAllah pada hari rabu ini (26/8/15), pihak LC BBS akan menganjurkan "Market Day" yang akan dijayakan oleh pelajar kelas 6 tahun.

Objektif "Market Day" ialah:

* untuk menambahkan lagi vocab tema "Food, Fruits & Vegetables"
* mengajar anak-anak jual beli menggunakan mata wang
* menggalakkan kemahiran sosial dan menambahkan keyakinan diri di kalangan anak-anak.

Oleh itu, sokongan daripada ibu bapa amatlah digalakkan dengan memberi wang saku dan memesan barangan yang ingin dibeli kepada mereka.

Senarai barang jualan yang akan dijual pada "Market Day" akan diberitahu kemudian.

Jazakallahu khairun jaza